[VIDEO] Orang Singapura anggap rakyat Malaysia paling tenang
PETALING JAYA – Menerusi satu sesi ‘podcast’ dari Singapura, panel jemputan bersama moderator segmen tersebut menyifatkan rakyat Malaysia sebagai kumpulan manusia yang paling tenang.
Kata moderator, Kumar yang juga seorang pelawak, rakyat Malaysia sentiasa berfikiran positif ketika berdepan dengan musibah termasuklah bencana banjir, pencemaran serta kelewatan kemudahan awam.
“Malaysia sebenarnya sangat relax (tenang). Bila saya ke sana pun, saya rasa tenang. Kalau di Singapura, bas datang lewat lima minit, berlaku jerebu, sejam banjir kita (rakyat) akan kompelin (merungut).
“Tetapi di Malaysia, bas boleh datang lima hari lewat, banjir boleh kekal berlaku selamanya, jerebu pun sentiasa ada, tetapi orang Malaysia masih boleh kekal tenang,” katanya.
Sesi ‘podcast’ tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rap veteran Singapura, Sheikh Haikel dan pelakon, Michelle Chong.
Di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia berkata, tindakan tenang yang ditunjukkan mereka ketika berdepan situasi buruk adalah bagi mengawal emosi semasa.
“Kita tenang, kalau tak tenang mungkin ramai terjun jambatan sebab perlu berdepan masalah sama berulang termasuklah banjir,” kata Syahidah.
“Kami merungut pun masih tetap berlaku, jadi reda sahajalah,” kata Sir_MHK.
Sementara itu, Kumar bersama dua panel jemputannya turut membahas soal penggunaan air di Singapura dan Malaysia, dan Michelle mengatakan rakyat Malaysia tidak perlu membayar bil air.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rakyat Malaysia tampil membalas kepada kenyataan tersebut dengan mengatakan mereka perlu membayar bil air, meskipun menerima subsidi.
“Bil air kami bayar mana ada percuma. Tapi masih murah untuk rakyat Malaysia,” itu antara jawapan balas yang ditinggalkan. – KOSMO! ONLINE
@kaoskumar “Whose urine are we drinking now?” In this throwback from the archives, Kumar lays in bed with Singapore’s godfather of hip-hop Sheikh Haikel (@us_whole) and multi-hyphenated actress Michelle Chong (@immichellechong) to talk about the age-old rivalry between Singapore and Malaysia. —– An outrageous, laugh-out-loud series starring the notorious Kumar. Whether making you spit out your bubble tea with his hilarious standup comedy routines or sharing secrets under the sheets with his celebrity guests, you don’t want to miss the ridiculous and intimate “K”! Subscribe now and watch all things Kumar at: YouTube: https://www.youtube.com/@kaoskumar TikTok: https://www.tiktok.com/@kaoskumar Instagram: https://www.instagram.com/kaoskumarr Facebook: https://www.facebook.com/kaoskumarr #kumar #kaos #humour #local #comedians #fyp #foryoupage #trending #sgtrending #inbedwith #kumarandfriends #celebrities #throwback #sgvsjb #singaporevsmalaysia #sentosa #singaporecity #singaporeurine #johorbahru #migrate #porsches #fakeprada #NEWater #malaysianwater #fridayprayers #stress #michellechong #sheikhhaikel ♬ original sound – KAOS Network
The post [VIDEO] Orang Singapura anggap rakyat Malaysia paling tenang appeared first on Kosmo Digital.