Geli kubur sendiri

Wanita masih hidup ada kubur sendiri

Geli kubur sendiri

JAKARTA – Seorang wanita dari Banjarmasin mendakwa bahawa dirinya memiliki kubur sendiri biarpun masih lagi hidup, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @norlailakarima itu mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini. 

Menerusi perkongsiannya, wanita bernama Laila itu dilihat menziarahi sebuah kubur sambil membawa bunga di tangannya. 

Ternyata kubur yang dikunjungi Laila itu bukanlah kubur jenazah. Ia sebenarnya mengandungi tangan kanannya yang telah putus. 

Difahamkan sebelah tangan Laila putus akibat kemalangan di tempat kerjanya iaitu sebuah kilang di Banjarmasin. 

“Kubur ini satu tempat dengan kubur ibu saya dan keluarga belah ibu. Kalau kubur ayah tempatnya berbeza,” kata Laila. 

Meskipun dia kehilangan satu tangan, Laila masih bersemangat dalam  menjalani kehidupan dan berharap perkongsian tersebut dapat memberikan  inspirasi kepada orang ramai. – AGENSI

 

The post Wanita masih hidup ada kubur sendiri appeared first on Kosmo Digital.