Bh7icop o bhfield image listing featured v2. Var 1730958601

Gagal audit ICOP, permit syarikat bas ekspres bakal digantung

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang, berdepan tindakan digantung permit operasi selepas gagal audit Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merujuk perkara terbabit kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan selanjutnya.

“JPJ menjalankan audit ICOP ke atas syarikat bas berkenaan dan mereka gagal. Jadi JPJ akan merujuk perkara itu kepada APAD untuk tindakan selanjutnya kerana tindakan penggantungan adalah di bawah APAD.

“Jadi APAD akan keluarkan surat tindakan terhadap mereka untuk satu tempoh tapi dalam tempoh itu mereka boleh buat rayuan kepada pihak pejabat menteri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd