Keracunan makanan sekolah cirit birit 1024x768 1

Maut termakan bihun melekit, telur mata kehitaman

Keracunan makanan sekolah cirit birit

PETALING JAYA – Dua mangsa termasuk kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas dikatakan termakan bihun goreng yang sudah melekit selain kuning telur mata yang kehitaman pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, hasil siasatan mendapati terdapat 82 mangsa termasuk 48 perempuan melibatkan sebuah program di Sekolah Agama Integrasi Sungai Chinchin, Gombak yang mengalami gejala cirit-birit dan atau muntah bermula Sabtu lalu.

Katanya, program tersebut melibatkan jumlah keseluruhan 240 peserta dari 30 buah sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dalam daerah gombak.

Jelasnya, bihun dan telur goreng sebanyak 240 pax tersebut disediakan oleh pihak katerer yang dilantik dan makanan tersebut dimasak di kantin SRA Kampung Sungai Tua Baharu.

“Menu tersebut dimasak seawal pukul 4.30 pagi dan siap dihidang pada pukul 6.30 pagi untuk sarapan kesemua 240 peserta.

“Siasatan awal mendapati dua mangsa berusia setahun 7 bulan dan 17 tersebut telah memakan bihun goreng telur mata yang dibaca pulang daripada program tersebut dan dimakan di rumah.

“Laporan mendapati terdapat kelainan rasa pada bihun goreng yang dilaporkan melekit selain kuning telur kehitaman,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki menu tersebut telah dicemari bakteria bacillus cereus atau salmonella.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar pencemaran makanan tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menolak kemungkinan keracunan yang mengakibatkan dua termasuk kanak-kanak perempuan maut adalah disebabkan telur mata.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut . – KOSMO! ONLINE

The post Maut termakan bihun melekit, telur mata kehitaman appeared first on Kosmo Digital.