BzBee Consult bawa pulang empat anugerah sempena Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2023
PETALING JAYA: bzBee Consult Sdn Bhd, sebuah agensi Strategik Komunikasi Bumiputera terkemuka, menerima anugerah ‘Campaign of the Year’ kategori untuk Product Brand Development Award (B2C) – Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story.
Agensi ini juga membawa pulang empat anugerah Emas Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) tahun 2023 yang diadakan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral pada baru-baru ini.
Edisi ke-15 anugerah MPRA 2023 dianjurkan oleh Persatuan Hubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia) untuk menghargai kempen Perubungan Awam yang cemerlang dan kreatif agensi perunding perhubungan awam serta pengamal perhubungan awam ‘in-house’.
Dengan kejayaan itu, bzBee Consult membuktikan kebolehan syarikat bumiputera mampu bersaing malah standing nsyarikat-syarikat perhubungan awam multinasional. Kemenangan bzBee adalam dalam kategori berikut:
- Product Brand Development Award (B2C) – Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback
Stronger’ Brand Story, - Employee Communication Award – From Dissent to Connection: An Employee-
Communication Scenario, - Crisis or Issue Management Award – Averting Crisis: ‘Turning Dissent Through Effective
Engagement’, - Sustainability Award – Sarawak Rainforest World Music Festival: A Compelling Comeback
Story of Sustainability.
Pengasas dan Pengarah Urusan bzBee Consult, Prof. Mohd Said Bani CM Din, berkata, “Ini adalah satu penghormatan dan memcerminkan dedikasi kakitangan bzBee untuk sentiasa mempamirkan kreativiti dan kecemerlangan untuk menerima anugerah Campaign of the Year yang amat berprestij dan juga empat anugerah emas yang diperolehi membuktikan bahawa agensi kami mampu menghasilkan karya penulisan dan komunikasi yang memenepati kehendak klient dan kumpulan sasar yang memberi impak ketara dalam dunia perhubungan awam.”
Kempen yang mencapai kemenangan ini adalah “Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story ” yang menekankan inisiatif dan usaha, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam memperkenalkan semula jenama Rainforest World Music Festival bukan sahaja sebagai satu festival musik malah mengutaakan pelbagai aspek kelestarian.
Hampir 20,000 pengujung festival dari seluruh dunia dan 199 pemuzik menyemarakkan Sarawak Cultural Village dan memberi sokongan kepada usaha komitmen STB untuk menetangahkan kelestarian dalam festival musik antarabangsa ini.
Sejak penubuhannya pada tahun 2010, bzBee Consult terus berusaha ke arah kecemerlangan dan telah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah MPRA secara konsisten setiap tahun. – UTUSAN
The post BzBee Consult bawa pulang empat anugerah sempena Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2023 appeared first on Utusan Malaysia.