Aktivis keselamatan jalan gesa perketat pengawasan himpunan RXZ

F3f13560 himpunan rxz bernama 160924
F3f13560 himpunan rxz bernama 160924
Seorang aktivis keselamatan jalan raya berkata peningkatan angka korban daripada perhimpunan rxz members 2. 0 menunjukkan corak semakin teruk setiap kali acara itu diadakan. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin menggesa audit keselamatan dan peraturan lebih ketat selepas 46 kemalangan dan 11 kematian dicatatkan sepanjang perhimpunan RXZ Members 8.0 di Terengganu rahun ini.

4faa563d 5495 4749 852e ae137b774e38 shahrim tamrin ms 050826 1
Shahrim tamrin.

Menurutnya, trend tiga tahun menunjukkan dua kematian dicatatkan pada 2024, lima tahun lalu dan 11 tahun ini, ialah corak semakin buruk setiap kali acara itu dianjurkan.

“Fokus tidak seharusnya tertumpu hanya kepada tindakan penguatkuasaan selepas nahas jalan raya berlaku, tetapi kepada pengurusan risiko secara menyeluruh — sebelum, semasa, dan selepas acara,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang acara itu, polis menyita 222 motosikal atas kesalahan termasuk pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans dan menunggang di bawah umur.

Shahrim berkata, setiap edisi acara itu perlu disusuli audit keselamatan menyeluruh merangkumi jumlah dan lokasi nahas jalan raya, masa, punca, profil penunggang, faktor berkaitan motosikal serta keberkesanan penguatkuasaan.

“Laporan audit perlu diterbitkan sebelum penganjuran tahun berikutnya supaya penambahbaikan dibuat berdasarkan bukti — bukan andaian atau reaksi selepas tragedi berulang.”

Menurutnya, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga perlu menerbitkan pecahan terperinci bagi setiap nahas jalan raya dan motosikal disita, yang dikategorikan kepada motosikal tidak berdaftar, berdaftar tetapi diubah suai dan mematuhi spesifikasi sepenuhnya.

Katanya, data pihak berkuasa menunjukkan sebahagian besar motosikal disita mempunyai isu keselamatan teknikal, bukan masalah dokumentasi semata-mata.

Jelasnya, JPJ perlu membezakan motosikal standard mekanikal yang kehilangan geran atau rekod lapuk dengan motosikal diubah suai secara struktur sehingga tidak lagi mematuhi piawaian keselamatan.

Katanya, kategori pertama boleh dipertimbangkan untuk proses pemutihan pentadbiran ringkas, tertakluk kepada pemeriksaan penuh Puspakom, manakala kategori kedua perlu menjalani pemeriksaan mandatori Puspakom, dengan pemilik wajib memulihkan motosikal kepada spesifikasi asal kilang atau dibatalkan pendaftaran.

Shahrim turut mencadangkan kehadiran penguat kuasa di lokasi strategik seperti pintu masuk lebuh raya utama dan sekitar Kuala Terengganu sepanjang tempoh perhimpunan, dengan keutamaan bagi kesalahan berisiko tinggi, termasuk tiada lesen sah, cukai jalan atau insurans.

Cadangan lain

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengeluarkan nasihat perancangan perjalanan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum acara, seperti amalan ketika musim perayaan, bagi memaklumkan peserta mengenai waktu puncak, laluan alternatif dan hentian rehat disyorkan.

“Ini bagi mengurangkan tunggangan berterusan tanpa rehat mencukupi, yang dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada beberapa kemalangan maut sepanjang perjalanan pergi dan balik dari acara itu.”

Menurutnya, polis dan JPJ perlu bekerjasama dengan kelab RXZ serta penganjur acara untuk melatih marshal dan ketua konvoi lebih awal mengenai pergerakan konvoi selamat, termasuk jarak ikutan, had kelajuan kumpulan dan protokol respons kecemasan.

Selain itu, beliau mencadangkan JPJ dan Puspakom menjalankan ujian bunyi rawak ketika acara diadakan, manakala Jabatan Alam Sekitar pula menilai semula had pelepasan asap bagi motosikal dua lejang lama yang digunakan dalam perhimpunan besar.

Related Articles