Jerebu: Putrajaya, Cheras catat IPU tidak sihat pagi ini
![]()
PETALING JAYA – Putrajaya dan Cheras, Kuala Lumpur serta sembilan lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), bacaan IPU di Putrajaya ialah 114, manakala Cheras pula 102.
Sembilan kawasan di Sarawak melibatkan IPD Serian dengan bacaan IPU tertinggi iaitu 195, diikuti Kuching (172), Samarahan (171), Sarikei (161) dan Bintulu (157).
Seterusnya, Sri Aman (157), Samalaju (153), Sibu (151), manakala Miri (130).
Johan Setia yang sebelum ini merekodkan bacaan IPU tidak sihat, kini antara 51 kawasan dalam kategori sederhana dengan bacaan 98 pada pagi ini. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Putrajaya, Cheras catat IPU tidak sihat pagi ini appeared first on Kosmo Digital.