Lembah Klang mula catat IPU tidak sihat selepas Sarawak

Lead 10 1024x683 1

Lead 10

PETALING JAYA – Lembah Klang mula terjejas dengan pencemaran udara apabila Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini, selepas beberapa kawasan di Sarawak terlebih dahulu mencatat bacaan sama.

Sebanyak 13 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan 12 kawasan di Sarawak manakala satu lagi di Selangor.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 189.

Ia diikuti Samarahan (170), Kuching (165), Bintulu (159), Samalaju (155) dan Mukah (153).

Turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Sibu, Sarikei dan Sri Aman dengan bacaan masing-masing 153, Miri (151) serta ILP Miri (119).

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 152.

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala Perlis, Kedah dan Pahang merekodkan bacaan pada tahap baik. – KOSMO! ONLINE

The post Lembah Klang mula catat IPU tidak sihat selepas Sarawak appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles