Sarawak, Putrajaya catat IPU tidak sihat 

220725 ipu jerebu 1

220725 ipu jerebu 1

PETALING JAYA: Sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 10 pagi ini, berbanding 11 kawasan pagi semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Serian (196), Kuching (173), Samarahan (172), Sarikei (161), Bintulu (157), Sri Aman (158), Samalaju (153), Sibu (151) dan Miri (132).

Selain itu, kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya dengan 118.Sementara itu, sebanyak 53 kawasan iaitu seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana akibat jerebu rentas sempadan.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Media sebelum ini melaporkan kebakaran hutan berskala besar sedang berlaku di wilayah Kalimantan, Indonesia sehingga mengakibatkan jerebu teruk berlaku di Kalimantan Barat.

Dianggarkan lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin lalu, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran.

The post Sarawak, Putrajaya catat IPU tidak sihat  appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles