Sabotaj, kecuaian disiasat dalam insiden roller coaster

Whatsapp image 2026 08 27 at 1. 05. 36 pm 1024x743 1

Whatsapp image 2026 08 27 at 1. 05. 36 pm

SHAH ALAM – Unsur sabotaj dan kecuaian antara elemen disiasat berhubung kemalangan melibatkan roller coaster sehingga mengakibatkan 10 termasuk tiga pelancong asing cedera dalam kemalangan di sebuah taman tema di daerah ini, malam kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, permainan tersebut kini telah ditutup buat sementara waktu bagi
membolehkan siasatan dijalankan secara terperinci bagi melihat roller coaster dan landasannya.

Katanya, penutupan itu akan dibuat sehingga siasatan selesai bagi menentukan punca kejadian itu.

“Terdapat agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam melihat pelbagai aspek terutamanya dari segi aspek teknikal.

“Siasatan dilakukan polis adalah melihat pada aspek kecuaian dan sabotaj pada peringkat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kolabrasi dengan agensi tersebut dilakukan dalam menjalankan siasatan bidang kuasa dan kemahiran masing-masing.

Ujarnya, semakan silang akan dibuat seterusnya dalam menentukan punca sebenar insiden itu.

“Sekiranya dalam proses siasatan ada maklumat baru dan unsur-unsur lain, pun akan disiasat namun tidak bersifat terlampau teknikal sebab itu adalah kepakaran agensi sahabat yang lain,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya telah merakam keterangan ramai pihak termasuk petugas roller coaster dan pengurusan taman tema itu serta mangsa yang terlibat dalam kes itu.

“Setakat ni mangsa yang terlibat yang dikatakan mendapat kecederaan hanya dua lagi yang masih menerima rawatan di hospital tetapi tidak melibatkan sebarang kecederaan yang serius,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis mengesahkan seramai 10 orang pengunjung cedera selepas roller coaster di taman tema terbabit mengalami kerosakan teknikal.- KOSMO! ONLINE

The post Sabotaj, kecuaian disiasat dalam insiden roller coaster appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles