3 kawasan di Sarawak catat IPU bahaya, Serian tertinggi 425

9087a436 3873 4296 8fef 448aa08ff346 jerebu sarawak bernama pic 30826
9087a436 3873 4296 8fef 448aa08ff346 jerebu sarawak bernama pic 30826
Samarahan dan kuching turut mencatatkan bacaan ipu tahap bahaya iaitu 336 serta 313. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Serian, Samarahan dan Kuching mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap bahaya setakat 2 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Serian meningkat kepada 425, Samarahan (336) dan Kuching (313).

Sri Aman merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 241.

IPU di 13 kawasan di tahap tidak sihat, didahului Sarikei (199), Sibu (191), Bintulu (184), Mukah (181), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (160), Institut Latihan Perindustrian Miri (158), Labuan (151), Johan Setia di Selangor (150), Batu Muda di Kuala Lumpur (144), Politeknik Kota Kinabalu (140) dan Limbang di Sarawak (107).

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.

Related Articles