Hanya Samarahan catat IPU sangat tak sihat

9087a436 3873 4296 8fef 448aa08ff346 jerebu sarawak bernama pic 30826
9087a436 3873 4296 8fef 448aa08ff346 jerebu sarawak bernama pic 30826
Sebelas kawasan di sarawak merekodkan bacaan ipu tidak sihat yang tidak melebihi 200 setakat 7. 30 pagi ini. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Keadaan jerebu di Sarawak semakin baik dengan hanya satu kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 7.30 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, hanya Samarahan mencatatkan kualiti udara tahap sangat tidak sihat, iaitu 222.

Sebelas lagi kawasan di Sarawak antara 40 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tidak sihat yang tidak melebihi 200.

Ia membabitkan Sarikei dengan bacaan IPU 193, Kuching dan Serian (192), Sri Aman (184), Mukah dan Sibu (182), Samalaju (180), Bintulu (172), Institut Latihan Perindustrian Miri (170), Miri (166) serta Limbang (150).

Sebanyak 24 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana, manakala kualiti udara di Langkawi dan Kangar mencapai tahap baik, iaitu 44 serta 41.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Jumaat lalu, darurat diisytiharkan di Serian, Sarawak selepas bacaan IPU di kawasan itu melebihi 500.

Berdasarkan pengumuman Jabatan Pendidikan Sarawak minggu lalu, 710 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup mulai hari ini hingga 11 Sept akibat jerebu, dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh itu.

Semua sekolah itu di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau, Meradong, Bintulu dan Tatau/Sebauh.

Related Articles