Laporan siasatan roller coaster dijangka siap empat bulan

Whatsapp image 2026 09 07 at 4. 44. 59 pm 1024x696 1

Whatsapp image 2026 09 07 at 4. 44. 59 pm

SHAH ALAM – Laporan lengkap siasatan insiden roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya yang mengakibatkan 10 pengguna cedera dijangka dapat disiapkan dalam tempoh selewat-lewatnya empat bulan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tempoh berkenaan diperlukan berikutan siasatan membabitkan pelbagai pihak selain turut meliputi aspek teknikal.

“Kami menjangkakan paling cepat untuk lengkapkan siasatan antara tiga hingga empat bulan.

“Siasatan ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP), bomba, jabatan forensik dan beberapa agensi lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada beberapa petugas roller coaster, mangsa yang cedera dan tidak cedera serta petugas kesihatan.

Katanya, lebih ramai individu akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, terutama membabitkan aspek teknikal.

Kosmo! sebelum ini melaporkan 22 pengguna roller coaster termasuk tiga pelancong asing berusia 11 hingga 44 tahun terlibat dalam kemalangan menaiki kenderaan permainan itu dalam kejadian pada 22 Ogos lalu.

Sehubungan itu, pihak taman tema berkenaan memaklumkan bahawa mereka menyediakan bantuan perubatan kepada semua mangsa serta memberikan kerjasama kepada semua pihak berkuasa bagi membantu siasatan insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Laporan siasatan roller coaster dijangka siap empat bulan appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles