Hanya Serian catat IPU sangat tak sihat

PETALING JAYA: Hanya Serian di Sarawak merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 7.30 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Serian ialah 210.
Sepuluh lagi kawasan di Sarawak antara 32 lokasi di seluruh negara yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Kuching (188), Samarahan (187), Sri Aman (175), Sarikei (174), Institut Latihan Perindustrian Miri (173), Samalaju (171), Mukah (158), Bintulu (157), Miri (153) dan Sibu (151).
Lapan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Muda (170), Johan Setia (165), Shah Alam (163), Cheras (161), Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (154), Kuala Selangor (153).
Kualiti udara lapan kawasan di Perak dan Johor juga dikategorikan tidak sihat yang tidak melebihi IPU 200, iaitu Tasek Ipoh serta Tanjung Malim (158), Seri Manjung (153), Pegoh (151), Segamat (154), Batu Pahat (152), Kluang (122) serta Tangkak (119).
Baki enam kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Nilai di Negeri Sembilan (158), Putrajaya (157), Bukit Rambai di Melaka dan Jerantut di Pahang (154), Alor Gajah di Melaka (152).
Sebanyak 31 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana dan kualiti udara di empat kawasan mencapai tahap baik, iaitu Alor Setar di Kedah (44), Balik Pulau di Pulau Pinang (40), Kangar di Perlis (37) dan Langkawi di Kedah (20).
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.
Kelmarin, darurat yang diisytiharkan di Serian pada Jumaat lalu ditamatkan.