Kualiti udara di Serian bertambah baik

4d532b3b 2031 42d9 b958 1acf8e71dddc jerebu serian sarawak bernamapic 310826
Jerebu serian
Serian mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara 390 setakat 7 pagi tadi. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Kualiti udara di Serian, Sarawak bertambah baik sedikit dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 390 direkodkan setakat 7 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat, iaitu Kuching (277), Samarahan (271) dan Sri Aman (261).

Sembilan kawasan lain di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bintulu (189), Samalaju (188), Mukah (183), Institut Latihan Perindustrian Miri (181), Sarikei (179), Miri dan Sibu (174), Limbang (155) dan Kapit (122).

Lapan kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (156), Batu Pahat (155), Kluang dan Pasir Gudang (154), Segamat, Kota Tinggi serta Tangkak (152) dan Pengerang (108).

Kawasan lain yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Labuan (160), Politeknik Kota Kinabalu di Sabah (154), Johan Setia di Selangor (152), Bukit Rambai di Melaka (151), Kimanis di Sabah (134), Rompin (128) dan Balok Baru Kuantan di Pahang (113) serta Kota Kinabalu (108).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di Serian, Sarawak selepas bacaan IPU di kawasan itu melebihi 500.

Susulan itu, Jabatan Pendidikan Sarawak mengumumkan 647 sekolah rendah serta menengah di negeri itu ditutup mulai 7 hingga 11 Sept ini, dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima hari itu.

Sekolah itu berada di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

Related Articles