Img 20240101 wa0152 1024x1024 1

Pencemaran Jeti Nam Heng akibat tumpahan minyak

Img 20240101 wa0152 1024x1024 1

Img 20240101 wa0152

JOHOR BAHRU: Pencemaran yang dilaporkan berlaku di Jeti Nam Heng, Sungai Tiram, di sini dipercayai disebabkan tumpahan minyak.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, pencemaran itu disedari nelayan di kawasan berkenaan sejak kelmarin.

Menurutnya, nelayan mendakwa pencemaran  minyak itu berpunca daripada sebuah kapal yang sedang diselenggara di kawasan tersebut.

“Pasukan penguatkuasa JAS Johor telah menjalankan siasatan di lokasi tersebut semalam dan mengenal pasti kewujudan minyak di kawasan sekitar jeti itu.

“Walau bagaimanapun, tiada pekerja yang dikesan sedang bekerja di lokasi itu ketika pemeriksaan dibuat. Arahan juga sudah dikeluarkan kepada pihak bertanggungjawab terhadap kapal itu bagi menjalankan kerja pembersihan minyak di kapal dan sekitar kawasan yang terkesan akibat tumpahan minyak.

“Kawalan tumpahan minyak di permukaan sungai akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Famey mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam aktiviti perkapalan di negeri ini supaya tidak melakukan pembuangan atau pelepasan sisa minyak sesuka hati.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Johor turut meminta kerjasama semua pihak untuk menjadi mata, telinga dan mulut dalam membanteras jenayah alam sekitar,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan permukaan air di kawasan jeti berkenaan berminyak dan berwarna kehitaman. – UTUSAN

The post Pencemaran Jeti Nam Heng akibat tumpahan minyak appeared first on Utusan Malaysia.