JAS Johor pula siasat kes sungai ditimbus sisa Singapura

Whatsapp image 2026 08 24 at 18. 40. 08

Whatsapp image 2026 08 24 at 18. 40. 08

PONTIAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan pencemaran Su­­ngai Sim­pang Kiri, Mukim Su­ngai Karang, di sini, yang dikaitkan dengan kerja-kerja penambakan sisa buangan bahan bi­naan dari Singapura.

Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama ke­pa­­da Pejabat Daerah Pontian ba­gi memastikan dakwaan berke­na­an disiasat mengikut bidang kuasa agensi terbabit.

“Ya, kami akan siasat dakwaan ini,” katanya ringkas kepada Kos­mo! di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kos­mo! berhubung dakwaan aktiviti penambakan sisa bahan binaan di kawasan Sungai Simpang Kiri menjejaskan pendapatan komuniti nelayan setempat.

Akhbar ini Ahad lalu melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa binaan Singapura di daerah Pontian menyebabkan sungai di situ semakin sempit selain berbau busuk hingga menjejaskan sumber rezeki 30 nelayan.

Pengerusi Pakatan Nelayan Sim­pang Kiri, Sahrizal Sirang di­laporkan mendakwa, di sebalik pihak yang mengaut keuntungan, golongan nelayan terpaksa menanggung penderitaan berpanjangan apabila hasil tangkapan semakin merosot.

Semalam, Pengerusi Jawatan­kuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Md. Israk Abdullah dilaporkan ber­kata, semua agensi berkaitan diarahkan menjalankan siasatan me­ngikut bidang kua­sa masing-ma­sing bagi me­nge­nal pasti punca sebenar ma­salah yang berlaku.

Beliau turut meminta masya­rakat nelayan yang mendakwa ter­jejas supaya membuat laporan polis bagi membolehkan per­kara itu disiasat secara rasmi dan tindakan lanjut diambil berda­sarkan hasil siasatan.

Difahamkan, Majlis Perban­daran Pontian telah meng­hantar anggota penguat kua­sa ke lokasi pencemaran semalam.

Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Farid Hassan pula akan mem­pengerusikan mesyuarat khas berkaitan pencemaran di Pejabat Daerah Pontian, sema­lam.

Ahli Jawatan­kuasa Pakatan Nelayan Simpang Kiri, Abd. Jalil Abd Manaf berkata, pihaknya akan membuat la­poran polis di Balai Polis Permas semalam.

“Pihak kami akan membuat la­poran polis berhubung kejadian pencemaran sungai. Laporan polis diperlukan bagi siasatan dijalankan,” katanya.

The post JAS Johor pula siasat kes sungai ditimbus sisa Singapura appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles