16 kawasan catat IPU tidak sihat, Sri Aman tertinggi 166
![]()
PETALING JAYA – Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.22 pagi ini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencenar Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 166.
Ia diikuti IPD Serian, Sarawak dengan bacaan 164, manakala Nilai, Negeri Sembilan dan Samarahan, Sarawak masing-masing mencatat IPU 162.
Di Lembah Klang, Cheras, Kuala Lumpur mencatat bacaan 159, diikuti Putrajaya (158), Shah Alam (157) dan Johan Setia, Selangor (157).
Seremban, Negeri Sembilan turut berada pada paras tidak sihat dengan IPU 157, sementara Tangkak, Johor mencatat 153 dan Batu Muda, Kuala Lumpur sebanyak 152.
Beberapa kawasan lain di Selangor yang merekodkan udara tidak sihat ialah Banting dengan IPU 137, Klang (123) serta Petaling Jaya (109).
Bukit Rambai, Melaka pula mencatat bacaan 123 manakala Alor Gajah di negeri sama merekodkan IPU 110.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara, sebanyak 50 stesen berada pada tahap sederhana manakala hanya dua stesen merekodkan kualiti udara baik.
Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat waktu berkenaan.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post 16 kawasan catat IPU tidak sihat, Sri Aman tertinggi 166 appeared first on Kosmo Digital.