ADUN BN sahkan terima notis sidang khas DUN 22 Jun ini

Whatsapp image 2026 05 29 at 17. 45. 51 1024x705 1

Whatsapp image 2026 05 29 at 17. 45. 51

JOHOR BAHRU – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengesahkan telah menerima notis mesyuarat bagi menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadual berlangsung pada 22 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan beberapa ADUN selepas Mesyuarat BN Johor yang dihadiri Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Ibu Pejabat UMNO Johor hari ini.

Onn Hafiz bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya petugas media mengenai sidang DUN Khas berkenaan yang tular sejak pagi Jumaat selepas ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung mengenai notis mesyuarat berkenaan.

Ketika ditemui, ADUN Sri Medan, Datuk Zulkarnain Kamisan mengesahkan sudah menerima notis berkenaan pada pagi Jumaat.

“Surat berkenaan memaklumkan sidang dun khas, cuma saya tidak tahu jika ia berkaitan mengenai pembubaran atau sebaliknya. Tetapi kalau hendak bubar dun tak perlu ada sidang dun khas,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 lalu, pengumuman pembubaran DUN dibuat terus oleh Menteri Besar Johor.

“Kalau tengok pada PRN 2022, pengumuman pembubaran DUN ketika itu dibuat oleh MB Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad di sini (Pejabat UMNO Johor),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang juga ADUN Yong Peng merangkap Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, mengesahkan menerima notis sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri yang juga ADUN Paloh, Lee Ting Han turut mengesahkan perkara sama.

Pada 30 April lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

PRN Johor terus menjadi perhatian selepas tersebarnya mesej berhubung sidang DUN khas pada 24 Jun yang didakwa akan berlakunya pembubaran DUN Johor.

Bagaimananapun pada 22 Mei lalu, Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali enggan mengesahkan khabar angin satu sidang DUN khas akan diadakan. PRN Johor ketika ini masih dalam tempoh matang dan dijangka berakhir pada April 2027.

Pada PRN Johor yang lalu, BN memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi, diikuti Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (tiga) dan Muda (satu). – KOSMO! ONLINE

 

The post ADUN BN sahkan terima notis sidang khas DUN 22 Jun ini appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles