Img 20240102 wa0079 1024x682 1

CAH-1P ceria sambut 12 bayi tahun baharu

Img 20240102 wa0079 1024x682 1

Img 20240102 wa0079

ISKANDAR PUTERI: Hospital Columbia Asia – Iskandar Puteri (CAH-IP) meraikan kedatangan tahun baharu 2024 dengan menyambut kelahiran 12 bayi.

Suri rumah, Nadiah Ruslan, 37, selamat melahirkan anak kedua, iaitu bayi perempuan yang sihat seberat 3.35 kilogram pada pukul 2.05 pagi semalam.

Suaminya, M. Ainnul Azmir, 39, yang bekerja sebagai pegawai penyelenggaraan amat gembira apabila sambutan tahun baharu selepas ini amat makna bagi mereka.

“Kami dimaklumkan bahawa isteri akan melahirkan anak pada Januari, tidak sangka pula ia akan jatuh pada hari yang pertama tahun ini. Sambutan tahun baharu setiap tahun memberi makna mendalam buat kami,” katanya.

Turut berkongsi tarikh keramat itu ialah bayi kepada pasangan suami isteri ahli farmasi, Yap Ren Qian dan Ong Ching Yao, masing-masing berusia 30 tahun.

Ching Yao mengakui lega apabila isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka pada pukul 7.48 pagi.

“Saya berdebar menanti kelahiran anak pertama kami, syukur segalanya berjalan lancar dan isteri selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 kg. Saya ucapkan terima kasih kepada doktor, bidan dan jururawat untuk perkhidmatan yang diberikan oleh hospital,” kata pasangan dari Taman Nusa Sentral, Iskandar Puteri. 

Turut meraikan kehadiran ahli keluarga baharu ialah pasangan R. Sai Remalatha, 43, dan suami, S. Ravi, 49, yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka.

Sai Remalatha dimasukkan ke CAH-IP pada hari yang sama dan selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.73 kg pada pukul 11.12 pagi.

Sementara itu, Pengurus Besar CAH-IP, Dr. Ding Eng Li berkata, kesemua ibu dan bayi berada di bawah penjagaan perunding hospital dan pakar ginekologi serta pakar perunding pediatrik serta dibantu oleh bidan dan jururawat yang berpengalaman.

“Kami berasa teruja menyambut kedatangan tahun baharu dengan kelahiran bayi ini, yang paling penting kesemua bayi ini selamat dilahirkan. Di CAH-IP, kami menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk memastikan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya. – UTUSAN

The post CAH-1P ceria sambut 12 bayi tahun baharu appeared first on Utusan Malaysia.