Dbkl 1

DBKL kompaun premis kotor

Dbkl 1

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan kompaun kepada premis kotor sekitar Desa Pandan.

Menurut DBKL, sebanyak 13 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis sepanjang Operasi Anti Litter yang dijalankan Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, semalam.

“Empat kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) atas kesalahan meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan Tred Perniagaan di tempat awam.

“Tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) atas kesalahan meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain-lain sampah-sarap di tempat awam.

“Selain itu, enam kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) atas kesalahan membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam,” menurut hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, DBKL mengingatkan semua peniaga untuk tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan di premis perniagaan.

“Menjaga kebersihan merupakan salah satu tanggungjawab anda dalam menjalankan sebarang aktiviti perniagaan,” katanya. – UTUSAN

The post DBKL kompaun premis kotor appeared first on Utusan Malaysia.