Jerebu: Hanya dua kawasan catat IPU paras bahaya
![]()
PETALING JAYA: Jumlah kawasan di Sarawak yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya menurun kepada dua setakat pukul 9 pagi tadi berbanding tiga kawasan semalam.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 318, diikuti Kuching dengan bacaan 316.
Enam kawasan lain merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat, dengan Samarahan mencatatkan bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 297.
Ia diikuti Sibu (289), Sarikei (279), Mukah (239), Bintulu (225) dan Sri Aman (210).
Sementara itu, 16 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, antaranya Kapit (187), Samalaju (193), Putrajaya (152), Johan Setia, Selangor (162), Nilai (138) dan Seremban, Negeri Sembilan (136). – UTUSAN
The post Jerebu: Hanya dua kawasan catat IPU paras bahaya appeared first on Utusan Malaysia.