Whatsapp image 2024 03 13 at 4. 45. 10 pm 1 1024x683 1

Maritim lupus dadah bernilai RM1.04 juta

Whatsapp image 2024 03 13 at 4. 45. 10 pm 1

ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melupuskan dadah seberat 26 kilogram yang bernilai lebih RM1.04 juta, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, pelupusan dadah jenis Methamphetamine itu dilakukan dengan kerjasama Medivest Sdn. Bhd.

“Pelupusan dadah ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

“Dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, proses pelupusan dadah itu dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran insinerator yang diuruskan oleh Medivest.

“Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Maritim lupus dadah bernilai RM1.04 juta appeared first on Kosmo Digital.