PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA
Pemberitahuan Pameran Awam Bagi Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi
Cadangan Projek Pembangunan Kedah Aerotropolis Di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.
Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 28 April 2024 hingga 27 Mei 2024 dan ulasan awam sehingga 11 Jun 2024.
Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah: