Sarawak kekal catat IPU sangat tidak sihat, Lembah Klang turut terjejas

Utu cuacajerebu 2 r

Utu cuacajerebu 2 r

PETALING JAYA: Tiga kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras sangat tidak sihat manakala beberapa kawasan di Lembah Klang merekodkan bacaan tidak sihat.

Setakat pukul 9 pagi tadi, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Kuching, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 249 diikuti Sri Aman (235) dan Samarahan (233), sekali gus meletakkan ketiga-tiga kawasan berkenaan dalam kategori sangat tidak sihat.

Selain itu, beberapa kawasan lain di Sarawak turut mencatat bacaan tidak sihat antaranya Mukah dengan IPU 184, Sarikei (183), Samalaju (178), Bintulu (170), ILP Miri (169), Sibu (166) dan Miri (165).

Di Lembah Klang pula, Johan Setia mencatat bacaan IPU 168 diikuti Shah Alam (164), Batu Muda, Kuala Lumpur (158), Klang (156), Cheras (155), Putrajaya (155) dan Petaling Jaya (154).

Kuala Selangor turut merekodkan bacaan IPU 152.

Di Perak, Tasek Ipoh merekodkan bacaan IPU 161, Seri Manjung (159), Tanjung Malim (156) dan Pegoh Ipoh (152).

Negeri Sembilan pula mencatat bacaan 157 di Nilai dan 152 di Seremban.

Sementara itu, dua kawasan di Melaka iaitu Alor Gajah dan Bukit Rambai masing-masing merekodkan bacaan IPU 143 dan 141 manakala Labuan mencatat 118. – UTUSAN

The post Sarawak kekal catat IPU sangat tidak sihat, Lembah Klang turut terjejas appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles