Simpan dulu daging korban, baru masak

Whatsapp image 2026 05 28 at 11. 05. 09

PETALING JAYA – Orang ramai digalakkan menyimpan daging korban di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dimasak bagi mengurangkan bau hamis selain menjadikan teksturnya lebih lembut dan mudah dipotong.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu perkongsian di Facebook memaklumkan, daging korban yang baru disembelih masih berada dalam fasa otot tegang menyebabkan teksturnya kadangkala menjadi lebih liat dan keras jika terus dimasak.

Whatsapp image 2026 05 28 at 11. 05. 22
Poster perkongsian phm di facebook.

Menurut PHM, daging korban sememangnya boleh dimasak pada hari sama selepas disembelih, namun proses merehatkan daging di dalam bahagian chiller (penyejuk) beberapa jam atau semalaman adalah lebih baik.

“Bila daging ditoskan, diasingkan dan disejukkan dalam chiller (penyejuk), cecair lebihan lebih mudah turun.

“Bau hamis juga boleh berkurang dan daging lebih mudah dipotong, dibungkus serta disimpan ikut portion (kuantiti) sekali masak,” katanya.

Dalam pada itu, PHM menegaskan orang ramai tidak seharusnya membiarkan daging mentah terlalu lama pada suhu bilik terutama dalam keadaan cuaca panas dan persekitaran dapur yang sibuk.

Jelasnya, tindakan membiarkan daging di atas meja dapur dalam tempoh lama boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan.

“Jangan biar daging mentah lama pada suhu bilik. Lagi-lagi bila cuaca panas, dapur sibuk, lalat ada, tangan ramai orang pegang, dan daging pula masih berbungkus dalam plastik.

“Kalau tiada ruang chiller (penyejuk) atau daging sudah lama berada di luar, lebih baik masak terus pada hari yang sama daripada dibiarkan lama-lama,” jelasnya.

PHM turut menasihatkan supaya organ dalaman seperti hati, paru-paru, limpa dan perut dimasak lebih cepat kerana bahagian tersebut mudah rosak berbanding daging pejal. – KOSMO! ONLINE

The post Simpan dulu daging korban, baru masak appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles