Whatsapp image 2024 06 09 at 12. 09. 33 pm 1024x461 1

Tindakan undang-undang terhadap individu racun gajah hingga mati

Whatsapp image 2024 06 09 at 12. 09. 33 pm

JOHOR BAHRU – Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab meracun empat ekor gajah sehingga mati di kebun buah-buahan di Felda Kahang Timur, Kluang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Laporan awal mendapati gajah-gajah itu mati disebabkan mungkin disebabkan kegagalan pernafasan dan peredaran darah akibat pendarahan yang membawa kepada pengumpulan darah dalam pelbagai organ.

“Sampel telah diambil daripada bangkai gajah untuk kajian lanjut. Ada kemungkinan gajah-gajah itu mati akibat diracun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Johor Bersih di Sungai Skudai, di Kampung Bakar Batu, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, pihaknya berharap masyarakat dapat memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Jika bukti mencukupi dan menunjukkan memang ada pihak bertanggungjawab terhadap kematian gajah berkenaan, ada tindakan undang-undang boleh kita ambil terhadap pesalah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Tindakan undang-undang terhadap individu racun gajah hingga mati appeared first on Kosmo Digital.