Bh16mansor o bhfield image listing featured v2. Var 1710566938

Penjawat awam negeri tidak boleh pegang jawatan JKKP

bhnews@bh.com.my

ALOR SETAR: Kedah tidak memberi kebenaran kepada penjawat awam negeri untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) daripada Kerajaan Persekutuan, mahu pun Majlis Ketua Kampung (MKK) daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mansor Zakaria, berkata keputusan itu sudah lama dibuat supaya ia tidak mengganggu tugas hakiki mereka.

“Memang penjawat awam negeri tidak boleh (menjawat jawatan berkenaan) sebab ia akan mengganggu tugasan harian mereka.

“MKK pun penjawat awam tidak akan dilantik,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hari ini, tular di media sosial yang memaparkan tajuk ‘Kedah halang penjawat awam negeri terima lantikan JKKP daripada Kerajaan Persekutuan’.

Ia termasuk paparan memo Majlis Daerah Padang Terap mengenai pelantikan JKKP dalam kalangan penjawat awam di negeri itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd