Whatsapp image 2023 11 29 at 00. 57. 52 76985826 1024x678 1

Runtuhan gudang: JKKP Pulau Pinang diarah buat siasatan terperinci

Whatsapp image 2023 11 29 at 00. 57. 52 76985826 1024x678 1

Whatsapp image 2023 11 29 at 00. 57. 52 76985826

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan pasukan penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian tragedi runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas.

KSM dalam satu kenyataan akhbar berkata, siasatan itu juga bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan serta-merta untuk menghentikan semua aktiviti kerja di kawasan tersebut bagi tujuan siasatan.

“Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam di tempat kerja di bawah kawalannya,” katanya di sini tadi.

KSM berkata, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

“Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan.

“Selain itu, Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan 2017
juga menetapkan setiap pihak berkepentingan dalam industri pembinaan termasuk klien, pereka bentuk dan kontraktor memainkan peranan serta melaksanakan tanggungjawab masing- masing di tempat kerja seawal daripada peringkat reka bentuk projek pembinaan,” tegasnya.

Menurutnya, KSM menerusu Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta JKKP akan terus komited selain berusaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini termasuk dalam sektor pembinaan.

Terdahulu, empat buruh binaan warga Bangladesh yang belum ditemui sehingga 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dipercayai sudah tertimbus dalam lantai simen.

Difahamkan, keadaan itu berikutan faktor cuaca panas hingga menyebabkan serpihan lantai simen berkenaan yang runtuh telah mengeras. – KOSMO! ONLINE.

The post Runtuhan gudang: JKKP Pulau Pinang diarah buat siasatan terperinci appeared first on Kosmo Digital.