9 kawasan di Sarawak catat IPU tak sihat

Cd576f27 126a 439e 919a d7336a29f3a1 jerebu sarawak bernamapic 070826
Jerebu sarawak
Sembilan kawasan di sarawak merekodkan kualiti udara tidak sihat, iaitu kuching, samarahan, serian, sarikei, bintulu, sri aman, mukah, sibu serta samalaju. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Sembilan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Kuching (167), diikuti Samarahan (164), IPD Serian (163), Sarikei (157), Bintulu (156), Sri Aman (154), Mukah (152), Sibu (131) serta Samalaju (126).

Sebanyak 46 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala 13 lokasi di Semenanjung merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.

Related Articles