7 kawasan di Sarawak, 3 di Semenanjung catat IPU tak sihat

PETALING JAYA: Tujuh kawasan di Sarawak dan tiga lokasi di Semenanjung mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.
Semakan di laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Serian dan Samarahan (183), diikuti Kuching (177), Sri Aman (159), Sarikei (158), Mukah dan Sibu (152).
Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 153, manakala Cheras di Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 127 serta 104.
Sebanyak 56 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala Langkawi dan Kangar merekodkan bacaan IPU baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.