Jerebu makin buruk, 3 kawasan Sarawak catat IPU berbahaya

E4dea288 6871 490c 8d16 f3e9af72ea31 jerebu sarawak bernama pic 270826
E4dea288 6871 490c 8d16 f3e9af72ea31 jerebu sarawak bernama pic 270826
Pencemaran asap tebal selubungi ruang udara daerah serian di sarawak hari ini, seperti dilihat di jalan serian-tebedu. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap ‘berbahaya’, dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 436 setakat 6 petang, diikuti Samarahan (336) dan Kuching (323).

Kualiti udara pada tahap ‘sangat tidak sihat’ pula direkodkan di Sri Aman (266) dan Sarikei (214).

Tujuh kawasan mencatatkan kualiti udara ‘tidak sihat’, iaitu Sibu (196), Mukah (187), Bintulu (182), Samalaju (175), Miri (162), Kapit (162) dan Miri (159).

Di tempat lain, Labuan merekodkan bacaan IPU 154, Kota Kinabalu di Sabah (144) dan Taiping di Perak (108).

Berdasarkan skala IPU Malaysia, bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 adalah berbahaya.

Daab4087 2282 4877 97a6 3e828d36b40c haze kalimantan sarawak malaysia 300826
Kepulan asap sederhana hingga tebal dikesan berpunca daripada titik-titik panas di kalimantan dan sumatera, seperti yang direkod dalam peta asmc. (gambar asmc)

Menurut kemas kini Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) pada 5.30 petang, tahap pencemaran udara daripada tidak sihat hingga berbahaya dilaporkan di banyak stesen kualiti udara di Sarawak, barat Semenanjung Malaysia, barat dan tengah Kalimantan, serta tengah dan selatan Sumatera.

Kepulan asap sederhana hingga tebal dikesan berpunca daripada kelompok titik panas di kebanyakan kawasan di Kalimantan, serta bahagian tengah dan selatan Sumatera.

Kepulan asap rentas sempadan dengan kepekatan sederhana hingga tebal turut dilihat menyelubungi barat dan tengah Kalimantan, Brunei, serta bahagian barat dan tengah Sarawak, manakala kepulan asap sederhana daripada kelompok titik panas di Kalimantan Utara berarak memasuki selatan Sabah.

Related Articles