Kualiti udara Serian 518 lepasi tahap darurat

204ebf56 e8a6 4599 87a2 6e8f3a64697e jerebu sarawak haze bernama 040926 1
204ebf56 e8a6 4599 87a2 6e8f3a64697e jerebu sarawak haze bernama 040926 1
Bacaan indeks pencemaran udara di serian mencecah 518 setakat 10. 45 pagi tadi. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Serian, Sarawak melepasi 500, tahap yang boleh diisytiharkan darurat.

Bacaan IPU yang direkodkan setakat 10.45 pagi ini mencecah 518, setakat 10.45 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tahap bahaya direkodkan untuk Kuching (310), manaala tahap sangat tidak sihat di Samarahan (281) dan Sri Aman (245).

Ahad lalu, Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, darurat jerebu boleh diisytiharkan di daerah yang merekodkan bacaan IPU mencecah 500, dengan pejabat sektor awam serta swasta akan ditutup, kecuali perkhidmatan penting.

Darurat jerebu pernah diisytiharkan di Kuching pada September 1997 apabila bacaan IPU mencecah 650.

Related Articles