Whatsapp image 2024 01 05 at 16. 27. 26 26528306 e1704446229147

Pulau Pinang harap projek pindah air Sungai Perak ikut perancangan

Whatsapp image 2024 01 05 at 16. 27. 26 26528306 e1704446229147

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri berhasrat Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, diharapkan satu ketetapan dapat dicapai kedua belah pihak berhubung projek terbabit.

“Kita sedia maklum projek berkenaan akan mengambil masa dalam tempoh enam hingga ke 10 tahun lagi. Apa yang saya maksudkan ialah, kalau tahun ini kita boleh mencapai persetujuan daripada segi pelaksanaan pembiayaan, menandatangani perjanjian, kiranya itu pun sudah satu permulaan yang baik.

“Kalau kita boleh capai persetujuan dalam aspek ini, ia sudah dikira sebagai satu kejayaan sebelum disusuli dengan pelbagai proses teknikal, mereka bentuk dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan inisiatif transformatif, Penang IX yang turut dilancarkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek berkenaan membabitkan kedua-dua kerajaan negeri dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. -KOSMO! ONLINE

The post Pulau Pinang harap projek pindah air Sungai Perak ikut perancangan appeared first on Kosmo Digital.