IPU Serian cecah 518, tahap berbahaya
![]()
SERIAN: Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada kategori berbahaya berikutan jerebu rentas sempadan.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya, manakala bacaan antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.
Kuching turut merekodkan bacaan IPU pada tahap berbahaya iaitu 310, diikuti Kota Samarahan dengan 281 dan Sri Aman (245).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebelum ini berkata, kawasan yang merekodkan bacaan IPU 500 boleh diisytiharkan dalam keadaan darurat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Bagaimanapun, beliau berkata, pengisytiharan itu hanya akan melibatkan kawasan yang terjejas dan tidak membabitkan keseluruhan negeri.
Operasi pembenihan awan turut dijalankan di beberapa lokasi di Sarawak bagi meningkatkan paras simpanan air serta membantu mengurangkan kesan jerebu.-BERNAMA
Â
The post IPU Serian cecah 518, tahap berbahaya appeared first on Utusan Malaysia.