Air keruh, berbau, sungai makin sempit – Nelayan Pontian

Air keruh 1024x768 1

Air keruh

PONTIAN – Dakwaan pencemaran di Sungai Simpang Kiri, di sini ekoran kerja-kerja penambakan sisa-sisa bahan binaan dari Singapura sejak beberapa tahun lalu menyebabkan sungai tersebut semakin sempit ekoran tebing sungai runtuh dan berlumpur, selain airnya keruh dan berbau.

Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Mohd. Ikhwan Abd. Rahman, keadaan ini menyukarkan nelayan keluar masuk nelayan ke pengkalan untuk urusan menangkap hasil laut.

Disebabkan itu katanya, akti­viti menceduk udang secara tradisional turut terganggu ekoran isu berkenaan.

“Kerajaan negeri diharap da­pat memperjuangkan nasib ko­muniti nelayan yang terjejas dengan me­ngambil kira kesannya terhadap sumber pendapatan mereka.

“Isu pencemaran sungai kerap berlaku di beberapa pengkalan dan jeti nelayan disebabkan kerja-kerja pembangunan serta isu seperti pembuangan sisa-sisa bahan binaan yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, beliau berkata, di kawasan Tanjung Piai mempunyai kira-kira 17 buah pengkalan atau jeti nelayan dan komuniti berkenaan semakin berhadapan kekangan kawasan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan susulan pelbagai projek pembangunan.

Katanya, nelayan ti­dak menolak kemajuan, namun mereka berdepan kesukaran mencari pendapatan de­ngan selesa kerana kawasan tangkapan mereka semakin hari semakin mengecil.

“Ada dalam kalangan nelayan terpaksa menangkap ikan berhampiran kawasan port limit di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Keadaan itu membahayakan keselamatan mereka,” katanya.

The post Air keruh, berbau, sungai makin sempit – Nelayan Pontian appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles